Malaysia Best Blog 2015

Disebabkan ramai blogger yang nak cuba dapatkan ranking untuk keyword Malaysia Best Blog 2015 ni, saya nak kongsi sikit tips seo untuk naikkan ranking post anda.

Tips ringkas SEO ni anda kena research la untuk faham, saya hanya beri keyword penting untuk anda buat research:

  1. Pastikan tag heading H1 sampai H3 mempunyai keyword Malaysia Best Blog 2015.
  2. Keyword sasaran mesti ada dalam nama gambar yang digunakan. Jangan lupakan alt text, mesti ada keyword juga.
  3. Dapatkan interaksi media sosial sebanyak mungkin.
  4. Lebih 250 patah perkataan.
  5. Highlight kat google webmaster

Kalau ada tak faham atau nak tanya, komen je kat area komen kat bawah entry ni. Saya akan cuba bantu, Insya Allah.

Malaysia Top Blog

Top 5 Blog Best Di Malaysia

1. Maria Elena
Saya rasa semua orang taw blog Maria Elena, dia start popular masa dia buat video hijab tutorial yang sempoi habis tu. Lepas tu, terus follow blog dia. Then terkejut sebab dia kahwin dengan abang Fatin Liyana, blogger cun tu.
2. Namee Roslan
Saya suka baca blog namee sebab gaya tulis namee seronok dibaca, dia tahu apa pembaca suka. Namee pandai pakai title blogpost yang menarik, buat orang tertarik nak baca blog Namee. Dulu jadi pembaca senyap-senyap, bila jumpa tetiba rapat sebab namee buat orang selesa dengan dia. Blogger cantik tapi sempoi.
3. Hasrul Hassan
Kalau nak tahu tips blogger, tip seo memang blog ni la paling best. Blogger yang tak kedekut ilmu. Lagi satu info-info terbaru cepat je publish dekat Hasrul Hassan. Dia terer naikan keyword position untuk blog dia. Blogger baru boleh tengok blog Hasrul Hassan kalau nak tahu lebih banyak tentang blog dan SEO.
4. RedMummy
Dulu masa mula-mula tahu pasal red mummy, banyak benda buruk yang orang cakap pasal red mummy, dekat blog la semua. Cakap red mummy sombong la , diva la.
Kalau anda nak tahu, pergi sembang dengan dia, baru kenal siapa red mummy yang sebenar.
5. Broframestone

Sesiapa tak kenal Bro kan, Bro banyak bantu blogger, invite pergi event, invite pergi tengok movie, mesra. Tak lokek dengan senyuman.

Broframestone antara blogger senior yang tak lokek ilmu. Iday suka lepak blog Bro sebab tak sarat. Blog simple dan kemas.

Contest SEO Malaysia Best Blog 2015

So, untuk blogger yang masih belum join contest ni, jom join Contest SEO Malaysia Best Blog 2015 yang dianjurkan oleh OhDuit. Anda berpeluang memenangi RM1500 dan juga dapat kenal blogger lain.

Maklumat pertandingan anda boleh refer Contest SEO Malaysia Best Blog 2015.

Mahasiswa Diberi Pendedahan Tentang Alam Pekerjaan

Seramai 150 penuntut dari Universiti Malaysia Kelantan (UMK), Universiti Teknologi Mara (UiTM) cawangan Kelantan kampus Bandar, Politeknik Kota Bharu dan Kolej Teknologi Darulnaim menyertai Program Employability Boot Camp siri 11 di Resort dan Pusat Latihan Putera Valley di sini.

Program selama tiga hari yang berakhir semalam itu diadakan bagi memberi pendedahan dan persediaan kepada mahasiswa tahun akhir sebelum memasuki dunia pekerjaan.

Malah rata-rata peserta yang ditemui mengakui tidak membuat sebarang persediaan untuk memasuki alam pekerjaan termasuk aspek menulis `resume’, keperluan untuk ditemu duga serta penampilan diri.

Alam Pekerjaan

Seorang peserta, Nadhilah Mahmud, 23, berkata, dia amat bertuah kerana dapat menyertai program yang memberikan banyak ilmu yang amat berguna sebagai persiapan untuk memasuki alam pekerjaan.

“Kini saya mengetahui bagaimana cara untuk menulis ‘resume’ dengan lebih baik serta persediaan untuk ditemu duga.

“Sebelum ini, saya beranggapan menulis resume hanya perkara yang mudah kerana di dalam internet terdapat banyak contoh resume kerja namun apa yang diberikan dalam program ini amat berbeza dan lebih terperinci,” katanya ketika ditemui selepas penutup majlis tersebut di Resort dan Pusat Latihan Putera Valley di sini semalam.

Program tersebut ditutup oleh Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni UMK, Prof Abdul Aziz Latif.

Sementara itu, penuntut bidang keusahawanan dan pelancongan UMK, Fadilah Sulaiman, 22, berkata, program tersebut juga memberi pendedahan kepada dia untuk memilih hala tuju selepas menamatkan pengajian.

“Saya bercadang untuk melibatkan diri dalam industri pelancongan di Kuching, Sarawak apabila menamatkan pengajian nanti.

“Perancangan ini adalah hasil daripada pendedahan yang diberikan selama tiga hari dalam program ini,” katanya.

Dalam pada itu, penuntut bidang pengurusan perniagaan Politeknik Kota Bharu, Ahmad Nasaruddin Mat Zaid, 21, berkata, program itu memberikan keyakinan kepadanya untuk memikat hati majikan ketika ditemu duga nanti.

Tambahnya, tip-tip contoh resume yang diberikan oleh penceramah amat bernilai dan tidak diketahui oleh kebanyakkan penuntut sebelum ini.

“Sebagai contoh, lazimnya seorang calon hanya mengulangkaji mengenai perkara yang berkaitan jawatan yang ditemu duga tanpa memikirkan aspek lain.

“Tetapi kali ini, kami diberikan pendedahan mengenai semua aspek, cara berpakaian, cara duduk dan bercakap dengan penemuduga, hal seperti ini lazimnya tidak dititik beratkan kerana ia nampak remeh tetapi sebenarnya diberi penilaian yang tinggi oleh majikan.

Sukar Isi 70 Ribu Kerja Kosong

pekerja asing

Pada masa ini terdapat beribu-ribu kerja kosong yang telah dikosongkan oleh pekerja-pekerja asing yang sudah pun pulang ke negara asal mereka. Daripada ribuan kerja yang ditinggalkan kosong, hanya sedikit sahaja yang dipenuhi oleh rakyat tempatan.

Berdasarkan situasi ini, Jabatan Tenaga Kerja kini berusaha mendapatkan punca dan sebab sebenar mengapa pekerja dan belia tempatan tidak mahu mengisi kekosongan yang telah ditinggalkan pekerja asing tersebut.

Datuk Ismail yang juga Ketua Pengarah JKT berkata satu sessi sumbang saran akan dijalankan pada masa terdekat untuk mencari puncanya.

Ada beribu kerja kosong yang harus di isi namun hanya sejumlah kecil belia tempatan yang ingin memenuhinya. Ismail mengatakan bahawa terdapat lebih kurang 70,000 kerja kosong dalam berbagai kategori yang ada pada masa ini.

Antara sebab utama keengganan pekerja tempatan mengambil alih kekosongan adalah disebabkan gaji yang rendah.

Kerjaya Bidang Perhubungan Awam

Tak kira apa juga bidang kerjaya yang anda ceburi, setiap satu daripadanya mempunyai kepentingan serta cabaran tersendiri. Sektor perhubungan awam (PR) selalunya dikaitkan dengan kerjaya glamor apatah lagi ianya berkaitan dengan media, samada media elektronik atau media cetak.

Kerjaya sebagai pegawai perhubungan awam PR meliputi sektor yang sangat luas. Sama seperti kerjaya lain, pegawai PR juga mempunyai tugas yang amat penting iaitu mempromosikan organisasi dan memastikan imej dan nama baik sesebuah organisasi sentiasa dipandang tinggi dan positif oleh pelanggan, orang ramai, pemegang saham dan pelabur berpotensi.

Kerjaya PRMenyedari bahwa kerjaya ini banyak mendidik dan mempunyai tanggungjawab yang besar, pelajar Ijazah Sarjana Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi (FBMK) Universiti Putra Malaysia (UPM) menganjurkan seminar yang bertajuk, Merapatkan Jurang Antara Pengamal Perhubungan Awam dan Ahli Akademik: Meningkatkan Mutu Prestasi Perkhidmatan Perhubungan Awam Melalui Pendidikan dan Profesionalisme di universiti itu di Serdang, Selangor baru-baru ini.

Timbalannya, Jaffri Amin berkata, objektif utama program ini adalah untuk memberi pendedahan kepada pelajar yang ingin tahu tentang kerjaya sebenar termasuklah melihat peluang kerjaya sebagai perhubungan awam dalam pasaran semasa.

“Dari seminar ini, kami mengharapkan para peserta telah bersedia berhadapan dengan berbagai aktiviti, tugasan, isu, risiko dan cabaran yang wujud dalam kerjaya yang memerlukan kita lebih bersedia dan berketerampilan.

Kerjaya di dalam perhubungan awam memerlukan seseorang menjadi arkitek agar dapat mencorakkan hasil kerja dengan optimum.

Bukan mudah untuk menjadi PR yang berjaya, tetapi ia tidak mustahil. Para pelajar harus melaksanakan beberapa aspek penting seperti mendengar, belajar, berfikir dan merancang berbagai kemahiran.

“Pelajar juga berpeluang untuk memilih bahagian komunikasi pekerja, pengurusan pejabat, hubungan bidang pelaburan, khidmat sosial korporat, pengiklanan, kerajaan, perhubungan awam dan penerbitan.

“Mereka seharusnya menggunakan semua jenis media dan alat komunikasi di dalam membina, mengurus dan menyelaras reputasi dan nama baik organisasi yang mereka wakili.

Terdapat begitu banyak bidang kerjaya yang boleh dipilih selain bidang PR, sila layari blog kerja kerajaan untuk banyak lagi info menarik.

Pendidikan Di Rumah Berkesan Atau Tidak?

Sejak akhir-akhir ini, banyak generasi muda yang mula mencari inisiatif di dalam pendidikan kpd anak mereka. Ramai percaya yang home schooling adalah satu cara yang baik.

Tidak menafikan pendidikan formal memang terbukti, namun cara baru yang tengah hangat ini sebenarnya mengikut trend kat barat yang dah lama menggunakan teknik ini.

Berbagai perspektif diterima melalui pembacaan di laman sosial tetapi boleh kata pendapat masyarakat berbeza bila menyentuh topik ini.

Ada yang bersetuju dengan sesi home schooling sebab ia boleh memberi lebih tumpuan jika dibanding di sekolah. Ini disebabkan pembelajaran di rumah mengikut keselesaan dan keadaan anak-anak.

Tapi ada juga yang beranggapan home schooling tak menepati sukatan atau silibus pelajaran yg di ajar di sekolah yang menyebabkan anak-anak sedikit ketinggalan dan tak mengikut tahap yang betul.

Kelebihan dan kekurangan home schoolong dah banyak kali dibahas tapi terpulanglah kepada individu itu sendiri terutamanya ibu bapa. Ini kerana majikan hanya akan mengambil pekerja yang melalui pembelajaran secara formal.

Tak kira di peringkat sekolah rendah, menengah ataupun universiti, setiap tahap ini menentukan kedudukan atau level mereka dgn sijil yang diperolehi.

Berbeza dengan home schooling, mereka tiada sukatan pelajaran yang formal dan tiada sijil yang akan dikeluarkan namun mungkin mereka boleh juga berjaya melalui cara lain seperti bisnes dan sebagainya.

Perkara ini tak lagi viral dalam kalangan pengguna laman sosial. Namun begitu, tak dinafikan yang perkara sebegini wujud. Kita juga tak boleh nak menyalahkan sesiapa saja yang ingin melaksanakan home schooling.

Pelajar Melayu Disaran Supaya Merebut Peluang Pendidikan

Pelajar Melayu hari ini disarankan supaya menyambung pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi untuk memberi sumbangan kepada kemajuan negara dan bangsa dengan ilmu yang ada pada mereka.

Mohd. Faiz berkata bahawa golongan pelajar berkenaan seharusnya merebut peluang pendidikan tinggi yang telah disediakan oleh kerajaan serta membuang sifat selesa dan mudah puas hati.

Hasrat untuk menjadikan Malaysia sebuah negara yang maju dan berpendapatan tinggi pada 2020 memerlukan pelbagai pihak terlibat termasuk rakyat yang mempunyai kemahiran dan pengetahuan di dalam berbagai bidang.

Golongan pelajar juga turut tidak terkecuali kerana sumbangan dengan ilmu dan kepakaran yang mereka miliki, ia mampu untuk meningkatkan status ekonomi diri dan juga keluarga.

Beliau berucap demikian sebaik menghadiri majlis menyerahkan peralatan sekolah kepada 550 murid dari sekolah rendah di Parlimen Balik Pulau dan telah disempurnakan oleh ADUN Pulau Betong, Farid Saad baru-baru ini.

Dari program itu, murid-murid diberi bantuan persekolahan yang bernilai RM130 setiap seorang yang telah disumbangkan oleh Yayasan Takwah WP.

Mohd. Faiz juga berkata, kesukaran dan kepayahan menyambung pelajaran tidak seharusnya dijadikan sebagai alasan kerana pihak kerajaan telahpun memberi peruntukkan yang sangat besar di dalam Bajet 2015 yang telah dibentangkan baru-baru ini terhadap bidang pendidikan.

GPMS juga akan sentiasa membantu para pelajar yang meninginkan khidmat nasihat mereka tentang pendidikan.

MoU USIM Bersama 2 Universiti Dari Nigeria

Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) pada hari ini menandatangani satu perjanjian persefahaman (MoU) dengan 2 buah universiti daripada Nigeria.

Ia merupakan satu langkah strategik untuk meningkatkan peluang dan potensi untuk pertukaran pelajar & ka­kitangan.

Profesor Datuk Dr. Musa Ahmad, iaitu Naib Canselor USIM berkata, perjanjian yang dibuat itu merupakan satu inisiatif universiti dalam memenuhi kehendak dan ke­perluan institusi untuk cuba mengga­lakkan pemindahan idea dan kepakaran.

MoU yang ditandatangangi dengan Universiti Al-Qalam & Universiti Ilorin, berbagai peluang akan di capai menerusi sesi latihan dan bengkel yang akan dijalankan secara bersama selain penerokaan projek penyelidikan dan pembangunan.

Selain itu, kedua-dua pihak akan be­kerjasama di dalam penerbitan serta per­­cambahan idea bagi isu kepimpinan dan pengurusan Islam.

Turut hadir pada majlis MoU tersebut adalah Ketua Pengarah Jabatan Pendidikan Tinggi, Professor Datuk Dr. Asma Ismail.

Pada majlis MoU tersebut, Universiti Al-Qalam di wakili oleh Naib Canselornya, Prof. Shehu G. Ado dan Prof. Abdulganiyu Ambali mewakili Universiti Ilorin.

Menerusi MoU ini, USIM juga turut mengadakan satu Bengkel Kepimpinan Kolaboratif untuk Pendidikan Tinggi.