Mari Bermain Bowling; Tutorial Kiraan Mata

Juliana Evans ajak main bowling

assalamualaikum dan salam sejahtera. apa khabar semua? moga sihat hendaknya. esok da start kerja balik, bagi yg masih belajar cam aku, esok pun kelas ada jugak. diharap jangan ponteng kelas dan curi-curi tulang yer!?

weekend korang buat apa? melancong ke disneyland? wahhh 2 hari sempat pulak korang ke disneyland eh. aku? aku kalau orang tak ajak buat apa-apa, aku study jer lah kat bilik ni (sila percaya). so semalam, malam ahad. kalau aku berada di KL, mesti a orang ajak aku b’foya-foya ngan awek-awek malam ahad ni (sila percaya juga). tapi disebabkan aku sekarang berada di gambang berhampiran dengan kuantan, maka semalam member aku, abg Johnny Dude telah ajak aku bermain bowling bersama seorang yg agak berumur (hihihi) iaitu mr. Freddy Jason..(semua nama adalah tidak benar dan tipu belaka).

so program tu berjalan dengan lancar sekali. mula-mula kitorang pergi makan dekat food court terbaru di kuantan. bukan saja terbaru, malah, terbesar di kuantan. hehe takkan terbesar di malaysia kowt.. malu la KL kalau kuantan ada food court terbesar di malaysia. dan food court ni namanya, food court Jungle. sebab berhampiran dengan hutan kowt? info ni di petik daripada mulut abg Dude.

Then kitorang g main bowling di megamall. megamall sekarang makin lesu sejak pembukaan pusat membeli belah baru berhampiran dengannya iaitu east coast mall. kalau east coast mall pun ada bowling nanti, habis megamall gulung tikarlah jawabnya. em, kami hanya main 2 game. sebab lama tak main takut pancit pulak. let me introduce the player:

pemain bowling 1; johnny dude

pemain bowling 2; freddy jason

pemain bowling 3; skinny shark

dan ni result game:

Mr. Freddy telah menang kedua-dua game. tension kami dibuatnya. hehehe.

after abis main bowling, kitorang lepak dekat kompleks tun razak sebab nak tengok budak-budak main longboard. owhh aku tengok jer dari dalam kereta. tak turun pun. nampak la diorang menunjukkan skil-skil bermain longboard. aku tak ambil gambar sebab kamera aku tak mampu nak amik gambar dalam pencahayaan yg tidak sempurna disitu. then kitorang balik la ke Universiti Nama Dirahsiakan (UND). dan walaupun lewat kami tidak dikompaun sama sekali. ~

habislah mukadimah. entry kali ni sebetulnya aku nak citer pasal permainan bowling. korang minat main bowling tak? kalau biasa main, mesti biasa juga dengan istilah-istilah yg kita biasa pakai masa tengah main, seperti strike, spare, split, malah masuk longkang pun bolehhh ..~

bowling yg kita biasa main dekat mana-mana shopping complex kat malaysia ni, dipanggil tenpin bowling. tenpin tu apa? tenpin tu maksudnya, sepuluh @ 10 pin. kan kita main bowling tu ada 10 pin yg kita kena jatuhkan, tu la dipanggil tenpin bowling. ninepin bowling pun ada tapi kita tak familiar dengan jenis-jenis bowling yg lain. so ni sedikit info berkaitan dengan sukan tenpin bowling:

  • bowling seperti juga skuasy, tidak tersenarai dalam olympic games.
  • badan dunia yg menaungi sukan bowling secara keseluruhannya ialah Fédération Internationale des Quilleurs (FIQ).
  • dibawah FIQ pula ada World Tenpin Bowling Association (WTBA) yg menguruskan hal-hal berkaitan tenpin bowling.
  • 1 game bowling terdapat 10 frame.
  • 1 frame pemain boleh melontar bola 2 kali.

aku taknak a citer pasal camaner nak main bowling. letih a pulak aku nak ilustrasikan cara nak main tu. jadi aku citer lagi detail pasal pengiraan mata dalam sukan ni. biasa kita pandai main jer kan? bila suruh kira mata tu, mesti ramai tak reti. so meh aku tunjuk sedikit sebanyak tentang pengiraan mata. jadi untuk mengingatkan anda, sedikit info lagi sy sediakan:

  • lontaran pertama dan semua pin jatuh dipanggil sebagai strike.
  • lontaran kedua dalam 1 frame dan semua pin turut jatuh dipanggil sebagai spare.
  • jika masih terdapat pin setelah habis 1 frame, ia dipanggil open.
  • jika pemain dapat menjatuhkan 10 pin dengan 1 lontaran dalam setiap frame untuk 1 game, pemain akan mendapat mata penuh iaitu 300 dan game itu dipanggil perfect game.
  • 2 kali strike berturutan dipanggil double
  • 3 kali strike berturutan dipanggil triple @ turkey
  • 4 kali strike berturutan dipanggil beggar @ hambones
  • dan istilah untuk 5,6,7 strike keatas?

so mari kita kira macamana boleh dapat 300 mata ni.

  • 1 pin jatuh dapat 1 mata. tapi kalau kita strike atau spare, akan dapat mata tambahan atau bonus.
  • pengiraan mata akan menjadi senang jika kita open setiap frame –> boleh kira direct dari jatuhan pin.
  • dan pengiraan mata akan menjadi susah bila kita strike atau spare setiap frame –> kena tambah mata bonus.
  • mata maksimum untuk 1 frame ialah 30. 30 x 10 = 300 point.

visual help:

info bowling

masalah ramai orang ialah bila nak kira kalau strike kan? bila strike, minumum yg akan player dapat ialah 10 dan maksimum adalah 30 berdasarkan kepada lontaran 2 kali selepas strike.

kes jika strike:

strike calculation

kes jika spare:

spare calculation

last frame:

bowling last frame

hah cukup a tu. pening? baca betul-betul tak pening a. ni basic calculation jer. harap ramai a yg pandai kira pasni. hehe.

wassalam~

No related posts.

You can leave a response, or trackback from your own site.

Komen pakai akaun FB pun boleyy:

2 Responses to “Mari Bermain Bowling; Tutorial Kiraan Mata”

  1. dinsblog says:

    uishh..panjang lebar tutorial dia.

Leave a Reply

CommentLuv Enabled
Powered by WordPress | Designed by: FatCow Coupon | Thanks to Best CD Rates Online, Compare Online Brokers and Fat Burning Furnace