Kemeriahan Final Piala Malaysia Terengganu vs Negeri Sembilan

Final Piala Malaysia 2011

Semangat Jerung gagal membantu Penyu Meraih Kemenangan

huhh sedih betul malam final tu. punyalah semangat datang Stadium Shah Alam, akhirnya kalah pula. kalah pulak sebab keeper tak tangkap bola dengan kemas. adehh terasa betul di hati ini.

ikutkan hati, aku malas nak upload gambar-gambar sepanjang di stadium ni, tapi sebagai blogger professional (kononnya) maka aku pun dengan rajinnya upload jugak di sini untuk tatapan kawan-kawan dan juga pembaca Sarang Jerung khususnya. hehehe.

ok jom kita mulakan perjalanan kisah Penyu balik menangis ini.

29 Oktober 2011, Sabtu

malam sabtu aku panaskan badan dulu dengan menonton filem Real Steel di TGV Wangsa Walk (citer ni best). then sepupuku, Alif dengan rajinnya menghantar aku ke rumah kakakku di Putrajaya. So tidur disana dan bergerak dari Putrajaya ke Shah Alam pada pukul 2.00 petang.

sampai stadium pukul 3.15, pastu ingat nak masuk terus, then g lah kat parking bawah tanah (menakutkan) dan pusing satu stadium, tengok kat dalam masih takder orang. jadi aku buat keputusan untuk ke Giant bagi berkumpul bersama kawan-kawanku Izzat Muzzammil dan Amirul Fazlan.

tiket dan sticker khas Piala Malaysia 2011

tiket dan sticker khas Piala Malaysia 2011

dalam pukul 4.30 lepas dah isi perut, kitorang pun ke stadium (6 orang dalam 1 kereta – memandangkan Ijat dan Mirul tumpang aku sekali sebab diorang parking kat Giant), maka sampailah kitorang kat stadium sebelum pukul 5.

sampai ni tak abis lagi tugas aku, kena pergi jemput Afiq Aziz pulak kat luar stadium pasal dia takder tiket lagi. then keletihanlah aku berjalan keluar mencari dia. akhirnya dapat masuk jugak dengan dia dan kawan-kawan serta adik-adik. mula-mula kitorang duduk kat penjuru padang dulu (dekat permulaan trek).

baru masuk Stadium Shah Alam

baru masuk Stadium Shah Alam

pastu dapat pulak call dari Hafeez, cakap nak sticker parking untuk VIP. so keluarlah lagi aku dengan gigihnya mencari beliau. pastu masuk, kitorang cuba masuk tempat seat VIP. kebetulan ada pintu belakang (aku ingatkan tu pintu depan, jadi aku suruhlah Hafeez dan gerombolannya masuk kut pintu tu). kami gembiralah sebab guard situ bagi kami masuk slumber je. jadi aku buat keputusan untuk panggil Ijat, Mirul, Afiq dan dua orang adikku Nizam dan Bahrin untuk masuk ke VIP seat skali. so pergilah aku dan Hafeez menjemput mereka.

pastu Hafeez, Mirul dan Ijat pun dapatlah masuk, turn aku, Afiq, Nizam dan Bahrin nak masuk, ada guard halang pulak. diorang cakap aku masuk tak pakai kasut, so tak boleh masuk!! jem disitu!! dia tanya aku masuk dari mana? aku buat-buat blur, pasal aku agak mesti aku masuk ikut pintu salah ni. pastu kitorang follow dia ke pintu utama, dia marah guard situ apesal bagi aku masuk, kesian guard tu. hehe. aku pun dengan jujurnya cakaplah aku masuk ikut pintu lain. then diorang halau aku dan mereka-mereka yang mengikutku. kami pun duduk kembali kat seat tadi. bangang kan? hahaha..

agak kecewa sebab tak dapat duduk bersama kawan-kawan (tak kisah pun VIP atau tak, tapi benganglah sebab dah berpecah) aku pun redha dan pasrah je duduk kat situ.

tiba-tiba Hafeez call aku, kali ni dia cakap pakai pintu lain pulak untuk boleh masuk (dengan sedikit muslihat), then berangkatlah kami sekali lagi, akhirnya dapat masuk jugak. penat betul berusaha petang tu.

tapi sedikit tak best duduk kat VIP ni sebab tak ramai orang, seat situ tak full so tak bising sangat. cuma permandangan untuk menonton perlawanan tu memang the best lah.

pastu lepaklah kitorang kat situ sampai perlawanan bermula. sambil-sambil tu sempat jugaklah bergambar mana-mana yang perlu. antara hasilnya:

suasana sebelum perlawanan; pukul 8

suasana sebelum perlawanan; pukul 8

Semangat Jerung iringi Penyu

Semangat Jerung iringi Penyu

lagi gambar di page Sarang Jerung

pastu dah nak dekat bermula, aku pergi lagi untuk ambil gambar pemain dengan lebih dekat, dan juga satu video pemain masuk padang yang sempat aku rakam:

Pemain bersedia untuk ke padang

Pemain bersedia untuk ke padang

lagi gambar di page Sarang Jerung

dan juga lepas tu budak-budak team Harimau Muda datang tengok jugak perlawanan tu. diorang duk kat partition kitorang jugak, cuma diorang duk kat atas. so sempat jugaklah bergambar ngan Apek dan Muslim Ahmad (yang lain aku kurang kenal..hehehe)

bersama Khairul Fahmi dan Muslim Ahmad

bersama Khairul Fahmi dan Muslim Ahmad

perlawanan first half hampa tanpa gol, so frust jugaklah. pastu try g atas nak beli air, sambil usha-usha sikit team Harimau Muda ni. terjumpa pulak FRU cun kat situ. tapi sebab terhalang oleh pagar, aku tak pergilah bergambar ngan diorang. diorang pun sombong je tak panggil aku bergambar sekali, tapi ngan Muslim Ahmad diorang panggil pulak. geram betul aku. hehehe

FRU cun

FRU cun, agaknya aku ada chance tak nak famous camni? hehehe.

separuh masa kedua bermula, dan akhirnya Terengganu memecah kebuntuan gol dengan gol pembukaan pada minit ke 58, hasil lorongan Manaf Mamat. ye, kami sangat gembira!!

Gol pertama dari Terengganu

Gol pertama dari Terengganu

happy gembira suka

happy gembira suka

tapi apakan daya, boleh pulak keeper Terengganu yang sorang tu terlepas sepakan mudah dari S. Kunanlan. dan gol kedua Negeri Sembilan 5 minit selepas itu dari Hairuddin Omar, anak Terengganu yang mencari rezeki di negeri orang. sehingga wisel penamat, Terengganu tidak mampu lagi untuk berbuat apa-apa.

akhirnya Negeri Sembilan dinobat sebagai juara Piala Malaysia 2011:

Juara Piala Malaysia 2011; Negeri Sembilan

Juara Piala Malaysia 2011; Negeri Sembilan

tahniah Negeri Sembilan, tahniah Hai-O!!

Wira N9 Hai-O ditemuramah

Wira N9 Hai-O ditemuramah

pastu aku balik terus ke Terengganu dan esoknya aku demam. keh3. ok end of story. =)

lagi gambar di page Sarang Jerung

Related posts:

  1. Tak Patriotik Rakyat Malaysia Pakai Baju Chelsea Hari Ni?
  2. Parking Bertingkat Rotary Type di Kuala Terengganu
You can leave a response, or trackback from your own site.

Komen pakai akaun FB pun boleyy:

Leave a Reply

CommentLuv Enabled
Powered by WordPress | Designed by: FatCow Coupon | Thanks to Best CD Rates Online, Compare Online Brokers and Fat Burning Furnace